|
Rupanya tengahari itu, dia tiba-tiba bertindak aggrassive, tidak semena-mena menyerang isterinya, lalu mendapat cedera diperut. Anak sulungnya perempuan melarikan diri mendapatkan pertolongan dari jiran sebelah berbangsa Cina, Mereka bertindak pantas, memanggil polis dan ambulan. Isterinya terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan itu. Dan tentunya dia di tahan untuk penyiasatan. Kami bergegas ke hospital, menziarahi isterinya yang sudah agak stabil selamat di bedah. Amat terharu mengenangkan saat itu, isterinya agak kebingungan sedikit. Hendak meratap, marah, sedih atau apa? Kami cuba menyelami apa yang telah berlaku... Rupanya perubahan ini telah diperhatikan oleh isterinya ketika di Mekah, setelah dia mendapat demam yang agak tinggi hingga keketaran. Bila demamnya pulih, dia gemar menyendiri, melamun dan mereka menyedari percakapannya sedikit ganjil. Tapi ianya tidak menganggu perjalanan ibadah mereka di sana hinggalah sekembalinya mereka ke Tanahair. Beberapa hari selepas mereka pulang keadaannya semakin teruk, dihantui berbagai halusinasi pendengaran dan penglihatan, cuba menyendiri untuk menghindari halusinasi yang semakin kuat mrnganggu. Hinggalah pada hari kejadian, dia seperti melihat bayangan itu menganggu isterinya lalu mengejar dan menyerangnya.... Malam itu, di tengah malam hening sekali lagi kami mendapat panggilan yang memeranjatkan. Sahabat ini telah dibawa ke hospital di JB, sedang dalam keadaan yang amat tenat dan keesokan paginya..... kami telah kehilangannya. Dia telah meninggal dunia dan disahkan akibat Meningitis! Terpaku, kami seperti belum dapat menerima kenyataan yang dia pergi secepat itu...Innalillahi wa innalillahirajiun. Di saat anak-anak belum sempat melepaskan kerinduan sepulangan mu dari Mekah. Di saat kau masih diperlukan. Tapi Allah lebih berhak atas segala-galanya, mereka menerimanya dengan tenang dan redha.. Lebih mengharukan lapan bulan selepas pemergianmu, Allah menganugerahkan isterimu dengan zuriatmu, seorang puteri yang saling tak tumpah seperti wajahmu. Semuga Allah menempatkanmu ditempat orang-orang yang soleh.. Amin!! *Notes : Neiserria Meningitidis boleh menyebabkan Meningitis yang boleh membunuh. |