|
Berbaris mendapatkan giliran untuk buat IC baru. Ddino tiba jam 8.00 am, dapat bil 144. Lama lagi.. menatap nota di tangan, selain sesekali melihat telatah manusia. Sebilangan besar termenung, ada yang menonton tv, berbual dan hanya sebilangan kecil membaca. Memang begini adatnya menunggu ..., Ddino keluar, melihat-lihat pesekitaran lalu membaca apa-apa yang tertera. Apa yang menariknya salah satu kenyataan dibangunan Gunasama itu. Perangkaan menunjukkan hampir 40,000 daripada 54,000 pesakit HIV terdiri dari orang Melayu, 90% daripadanya terdiri dari orang lelaki, yang sedihnya, Johor menyandang juara pesakit HIV tertinggi 14,000, diikuti Selangor seramai 6,000 dan berikutnya NS. Kelantan menduduki tempat terakhir. Apa nak jadi agaknya orang melayu kita terutama yang lelaki tuh. Kebanyakan mereka ialah penagih dadah .Sudah pastinya kesedaran untuk praktis "safe sex" yang dianjurkan juga tidak dihiraukan. Dan selepas itu merebak pula pada kaum hawa dan seterusnya anak-anaknya pula. Apa kualitinya generasi ini berikutnya? Pulang jam 11.30 am. Kad akan siap dalam masa 2 bulan.... |