<
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Monday, June 07, 2004
Doktor para Drs.

Seorang raja bernama Nuh Ibn Mansur, seorang raja di Bukhara menderita satu penyakit . Dia memanggil seluruh tabib terkenal di negerinya, namun penyakitnya tak kunjung sembuh, sehinggalah ia bertemu seorang pemuda yang baru berusia 18  tahun.

 Dengan keizinan Allah swt pemuda tersebut mampu mengubati penyakit yang dideritai oleh raja. Tentu saja raja merasa bersyukur dan ingin memberikan hadiah sebagai tanda terima kasih pada pemuda ini. Anda tahu apa yang dihajati  pemuda tersebut?

        Mengahwini puterinya yang cantik jelita?   Bukan!

        Meminta hartanya yang banyak?  Bukan!.

        Meminta pangkat yang tinggi?     Bukan!

 Ternyata yang dipinta oleh pemuda itu adalah keizinan untuk membaca semua buku yang ada di Perpustakaan Kerajaan itu yang penuh dengan buku-buku unik dan kesasterawaan unggul.

 Pemuda itu adalah Ibnu Sina - Tokoh Kedoktoran sedunia.

 Ibnu Sina atau nama sebenarnya Abu Ali Husayn Ibn Abdullah juga dikenali Al-Shaykh Al-Rais (The Chief Master), Al Muallim Al Thani (The Second Teacher) dan amat dikenali di kalangan barat sebagai Avicienna.

Ia dilahirkan pada tahun 980 di Bukhara Rusia yang kini dikenali sebagai Uzben. Mempunyai kecerdikan yang luar biasa, dimasa kecilnya ketika berusia 10 tahun telah meguasai Al-Quran dan klasik Arab, menamatkan pengajian Perudangan Islam, Anatomi, Logistik dan falsafah ketika 16 tahun kemudian berjaya menguasai bidang perubatan ketika berusia 18 tahun. Beliau pernah dilantik sebagai Perdana Menteri dizaman pemerintahan Amir Shamsud-Dawala selepas berjaya merawat “renal colic” (batu karang) di Hamadan.

 Ketika berkhidmat dibawah Amir, Ibnu Sina bekerja amat keras sehingga tiada waktu singgang untuknya. Disiang hari sibuk dengan urusan pentadbiran, dimalmnya pula member syarahan dan menulis buku. Temannya pernah menasihatinya supaya tidak terlalu teruk bekerja, tapi itu bukanlah sikapnyaa. “ Saya memilih kehidupan yang pendek dan luas bukan kehidupan sempit dan panjang”.jawabnya.

 Al Qifti menyatakan Ibnu Sina telah menyiapkan 21 kerja major dan 24 kerja minor dalam bidang falsafah, perubatan, theology, geometri, astronomi dan sebagainya. Sementara sumber lain (Brocklemann) 99 buah buku Ibnu Sina 16 dalam perubatan, 68 theology and metaphysic, 11 astronomi dan 4 verse.

 Al Qanun fi Al Tibb (the canon of Medicine) adalah karyanya yang paling terkenal dan terpenting, menjadi sumber rujukan dalam ilmu perubatan sehingga kini.

Banyak lagi buku lain yang tak dapat di sebutkan di sini.

 Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun1036 di awal usianya 58 tahun, di kebumikan di Hamadan dimana kuburnya masih dat dilihat hari ini.


Posted at 11:53 pm by Ddino
Comments (2)  

Sunday, June 06, 2004
sambungan...

Dia pengidap apa yang dipanggil "Herpes Gestationalist" dimana penyakit kulit ini berkaitan dengan kehamilan. Sudah tentu ketika ini pengaruh kehamilannya belum hilang hinggalah tamat tempoh pantang itu. Penderitaannya amatlah jelas; dari segi fizikalnya, nampak tompok2 ruam yang mengisi setiap ruang kulitnya termasuk wajahnya yg saya agak punya raut yang cerah dan cantik sebelum ini.
Dari segi emosinya pula ia amat tertekan, dimalam hari tidak dapat tidur disebabkan kegatalan, hilang keyakinan diri, apakah ia boleh pulih sepenuhnya selepas ini.. Bukan itu saja, kesedihan kehilangan anak dalam tempuh pantang ini pastinya menjadikan pesakit ini mengalami tempuh sukar dalam hidupnya. Sudah pasti penyakit ini membawa kesan pada suaminya dan anak-anaknya keluarga dan masyarakat kelilingnya.

Semua ini perlu ddino ambil kira semasa rawatan. Bukan saja fizikal, tapi pendekatan psikososial juga penting untuk pesakit pulang kepada famili dan masyarakatnya dan boleh berfungsi seoptimum mungkin.



Posted at 02:25 pm by Ddino
Comments (3)  

Mencari lagi

Kembali ke HSAJB, kalau setahun lepas ke jabatan Psychiatry, kali ini ke dunia dermatology /kulit pula. Tak banyak perubahan fizikal hospital ini nampaknya tapi mungkin sebahgian warganya yang berubah.

Kulit, ramai manusia tak menyedari, nikmat yang satu ini. Bayangkanlah seluruh tubuh kita ini tidak diselaputi kulit, apa rupa kita? Memang mengerikan bukan? Al-Haq menjadikan ia sedemikian sempurna rupanya, berlapis-lapis dan setiap lapisannya punya tugas/fungsi masing-masing bagi menyempurnakan tugas insan sebagai khalifah memakmurkan bumi. Mampukah seorang pahlawan berjuang di tengah medan tanpa kulit yang sempurna atau bayangkan saja dia ditimpa penyakit gatal-gatal. Pasti daya juangnya terbelengu. Melihat dan merawat mereka yang punya berbagai-bagai masalah ini sebenarnya turut merawat dan menampal kealpaan tentang nikmatMU. Bertasbihlah duhai kalbu. Harapan semoga mereka kembali pulang dengan keringanan beban dari kesakitan dan kegatalan, bisa tidur lena dimalam hari, terhindar dari rasa malu dan hina diri serta kembali memikul tugas mereka seperti ketika sihat dulu, kembali dalam keluarga dengan aman.

Seorang isteri dibawa masuk suaminya. Post Ceasarian 17days, anak meninggal 1 hari selepas di lahirkan. Mengalami ruam kulit yang dahsyat ketika usia kandungan lebih kurang 30 minggu.

Posted at 12:04 am by Ddino
Comments (1)  

Monday, May 31, 2004
Tak tau nak mula dari mana..

Memang setiap permulaan begitu.
Cuma hari ini ddino nak cerita pengalaman semalam jadi pemerhati kursus motivasi 2 hari di SMKKA.Ianya berbeza dengan kursus motivsi yang sebelum ini. Kesimpulannya motivasi diri bermula dari diri yang menyedari kenapa ia dijadikan.. ubbudiyah kepada ALLah sesuai dengan maksud ayat; Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk berbakti kepadaNYA.

Keinsafan tentang mati yang pasti semua tidak dapat lari, bukan untuk melemahkan semangat, tapi tentang apakah yang diisi semasa hidup ini. Tanggungjawab kepadanya, sudah?berbakti pada ibubapa ,sudah? memakmur kan kehidupan sendiri dan keluarga, sudah? sumbang kita apa? buat yg sia-sia? dosa saja? Memang benarlah, untuk menghidupkan hati ingatlah mati.....

Ddino menyaksikan sendiri airmata keinsafan mereka yang  disedarkan dengan keperitan ibu-ayah melahirkan , membesarkan, pengorbanan. Memang mereka pastilah itulah sumber motivasi diri kita.Tanpa mereka siapalah kita. Terbayang wajahmu ibu ayah pastinya, seperti kita yg punya anak,kebahagiaan anak adalah yang menjadi cita-cita mereka, walau siapapun kita.
Emak-abah sehingga kini pun dirimu tak jemu berbakti.... apalah yang dapat kami balas, hanya doa. Semoga kami menjadi anak-anak seperti yang dirimu harapkan.

Yang menarik, ibubapa peserta turut hadir di kemuncak kursus pada hari kedua. Selepas kedua-ibu bapa di insafkan dgn tanggungjawab mereka, mereka ditemukan. Maka berpelukan penuh syahdulah keduanya.

Terasa kabur pandangan ini dengan airmata.....

Posted at 10:35 am by Ddino
Comments (5)  

Saturday, May 29, 2004
langkah bermula...

Pertama kali melangkah.

Posted at 05:42 pm by Ddino
Make a comment  

Previous Page